UTAMA

Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Pihak Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan SK LKTP Pemanis 1 Segamat , dengan besar hati dan bangganya menghamparkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan bakti , kerjasama dan sokongan semua guru dalam menjayakan Perkhemahan Akademik 2010 yang telah diadakan pada 9 hingga 11 Julai 2010.

Sesungguhnya program tersebut tidak mungkin berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sokongan dan kerjasama yang tuan/puan dan seluruh warga SK LKTP Pemanis 1 ini berikan.

Semoga komitmen serta kerjasama sebegini akan dapat ditersukan lagi pada masa yang akan datang.. Apa jua kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang program tersebut dijalankan semoga kita maafkan dan dijadikan iktibar untuk penambahbaikkan.

Bakal hají ke Kuala Kedah

Masak nasi janganlah hangit

Sedikit budi bukannya mudah

Seluas bumi selebar langit


Sekian terima kasih

Johannis Bin Amrin

Guru Besar SK LKTP Pemanis 1

Segamat , Johor.

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 16 Julai 2010 01:06

 
Laman Popular Daerah Segamat Laman Popular Daerah Segamat2

Pautan Pendidikan