Isnin , 19 Julai 2010 , pihak pentadbiran SK LKTP Pemanis 1 telah mengadakan majlis Sambutan Hari Ulang Tahun untuk Encik Riduan Bin Othman dan Puan Tn Norazlina Binti Tn Ngah.
Majlis ringkas ini merupakan cetusan idea Tuan Guru Besar Encik Johannis Bin Amrin sebagai tanda pengahrgaan beliau buat semua guru. Encik Riduan yang juga merupakan GPK KK telah menyambut hari ulang tahun yang ke 53 manakala Puan Tuan Norazlina telah menyambut hari ulang tahun yang ke 35.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh YM Ustaz Tengku Juhan Bin Raja Yunus dan diikuti dengan ucapan yang diraikan. Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan rigkas dan berharap agar semua guru dapat mengeratkan tali silaturrahim dan semoga program seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Semoga Encik Riduan dan Puan Tuan Norazlina dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt.
Foto sekitar majlis tersebut.
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 19 Julai 2010 03:22



