Pada 24 Julai 2010 , Panitia Pendidikan Islam SK LKTP Pemanis 1 elah mengadakan Kem Bestari Solat kali Ke – 2.
Program ini melibatkan murid tahun 1 , 2 , 3 , dan 4. Kem ini bermula dari jam 08.00 pagi hingga 11.00 pagi. Penglibatan murid adalah amat menggalakkan sekali iaitu dengan kehadiran seramai 101 orang murid.
Lima orang guru terlibat sebagai fasilitator iaitu YM Ustaz Tg Juhan , Ustaz Md Azrin , Ustazah Sarimah , Ustazah Norazhana , dan YM Ustazah Tn Norazlina.
Pengisian utama program ini adalah amali wuduk dan amali solat serta bacaan dalam solat. Didapati sebilangan pelajar telah dapat mempraktikkan amali solat dan wuduk di rumah.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Berikut adalah foto semasa program tersebut diadakan.
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 26 Julai 2010 01:38



