UTAMAProfil SekolahLencana Rasmi

Lencana Rasmi Sekolah

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Lencana Rasmi Sekolah

Lencana SK LKTP Pemanis 1 Segamat berbentuk bulat.  Di dalam lambang ini mempunyai beberapa perkara penting yang semestinya membawa makna tersendiri. Diantara perkara yang bermakna itu ialah bentuk huruf P, buku, obor dan bulatan kecil. Ianya diwarnakan dengan empat warna utama yang juga membawa kepada maksud tertentu iaitu oren, putih, merah dan biru di samping warna hitam sebagai menyerikan lagi rupa bentuk lambang itu.

PENGERTIAN

  • BENTUK BULAT : Bentuk fizikal lambang yang bulat melambangkan satu hati, persefahaman di bawah satu pentadbiran.
  • HURUF P BERKEMBAR : Melambangkan gabungan murid dan masyarakat dari dua buah tempat iaitu  Pemanis 1 dan Pemanis 2.
  • OBOR : Melambangkan ilmu pengetahuan sebagai pelita yang menyinari kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
  • SEBUAH BUKU : Melambangkan sekolah adalah sebuah institusi untuk menimba ilmu pengetahuan dalam semua bidang.
  • LIMA BULATAN KECIL : Melambangkan masyarakat sekolah yang mendukung lima prinsip Rukun Islam dan Rukun Negara.

WARNA :

  • OREN : Melambangkan kedudukan sekolah di kawasan FELDA
  • PUTIH : Melambangkan kesucian dan islam adalah sebagai panduan dalam pentadbiran sekolah.
  • BIRU : Melambangkan perpaduan antara ahli dalam masyarakat sekolah.
  • MERAH : Melambangkan semangat dan kegigihan dalam semua bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

MOTO

  • DISIPLIN GIAT MAJU : Melambangkan disiplin adalah soal asas sekolah di samping sentiasa berusaha dengan giat dan gigih ke arah mencapai kemajuan dalam semua lapangan.
 
Laman Popular Daerah Segamat Laman Popular Daerah Segamat2

Pautan Pendidikan